Main My profile Registration Log out Login
Welcome Guest | RSS
Kamis
25 Apr 2024
6:45 PM
..:::  Forum gratiss  :::..   "semuanya serba gratis di situs ini"
[ New posts · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum moderator: makanasi, PeacE^^  
Forum » Share » The lobby » Kisah orang tua yg bijak...baca nih penting..!!
Kisah orang tua yg bijak...baca nih penting..!!
PeacE^^Tanggal: Senin, 02 Mar 2009, 7:15 PM | Posting # 1
Major
Group: Moderators
Total posting: 524
Reputasi: 18
Status: Offline
Disuatu masa dahulu ada seorang tua yang hidup di sebuah desa kecil. Meskipun dia miskin, semua orang cemburu kepadanya kerana dia memiliki seekor kuda putih yang cantik. Bahkan raja menginginkan hartanya itu. Kuda seperti itu belum pernah dilihat orang, begitu gagah, anggun dan kuat.

Orang-orang menawarkan harga amat tinggi untuk kuda jantan itu, tetapi orang tua itu selalu sahaja menolak dengan berkata, “Kuda ini bukan kuda bagi saya” katanya lagi, “Ia adalah seperti seseorang. Bagaimana kita dapat menjual seseorang? Ia adalah sahabat bukan milik. Bagaimana kita dapat menjual seorang sahabat?” Orang tua itu miskin dan godaannya besar. Tetapi dia tidak menjual kudanya itu.

Suatu pagi dia mendapati bahawa kuda itu tidak ada dikandangnya. Seluruh desa datang menemuinya. “Orang tua bodoh,” mereka mengejeknya.

“Sudah kami katakan bahawa seseorang akan mencuri kudamu. Kami peringatkan bahawa kamu akan dirompak. Anda begitu miskin……mana mungkin dapat melindungi binatang yang begitu berharga? Sebaiknya anda menjualnya. Anda boleh minta berapa sahaja harganya. Walau setinggi manapun harganya akan dibayar juga. Sekarang kuda itu hilang dan anda dikutuk oleh kemalangan.”

Orang tua itu menjawab, “Jangan berbicara terlalu cepat. Katakan sahaja bahawa kuda itu tidak berada dikandangnya. Itu sahaja yang kita tahu, seterusnya adalah penilaian. Apakah saya dikutuk atau tidak, bagaimana anda dapat mengetahuinya? Bagaimana anda dapat menghakiminya?”

Orang-orang desa itu membantah, “Jangan menggambarkan kami sebagai orang bodoh! Mungkin kani bukan ahli falsafah, tetapi falsafah hebat tidak diperlukan. Fakta sederhana bahawa kudamu hilang adalah kutukan.”

Orang tua itu berbicara lagi,”Yang saya tahu hanyalah bahawa kandang itu kosong dan kuda itu pergi. Selanjutnya saya tidak tahu. Apakah itu kutukan atau berkat saya tidak dapat katakan. Yang dapat kita lihat hanyalah sepotong saja. Siapa tahu apa yang akan terjadi nanti?”

Orang-orang desa tertawa. Menurut mereka orang itu gila. Mereka memang selalu menganggap dia orang tolol kalau tidak dia akan menjual kuda itu dan hidup dari wang yang diterimanya. Sebaliknya dia seorang tukang potong kayu miskin, orang tua yang memotong kayu bakar dan menariknya keluar hutan lalu menjualnya. Wang yang diterima hanya cukup untuk membeli makanan tidak lebih dari itu. Hidupnya sengsara sekali. Sekarang dia sudah membuktikan bahawa dia betul-betul tolol.

Sesudah lima belas hari, kuda itu kembali. Kuda itu tidak dicuri bahkan kuda itu melarikan diri ke dalam hutan. Kuda itu tidak hanya kembali, kuda itu juga membawa sekitar sedozen kuda liar bersamanya. Sekali lagi penduduk desa berkumpul sekeliling tukang potong kayu itu dan mengatakan, “Orang tua, kamu benar dan kami salah. Yang kami anggap kutukan sebenarnya berkat. Maafkan kami.”

Jawab orang tua itu, “Sekali lagi kalian bertindak terburu-buru. Katakan sahaja bahawa kuda itu sudah balik. Katakan sahaja bahawa sedozen kuda balik bersamanya tetapi jangan menilai. Bagaimana kalian tahu bahawa ini adalah berkat? Anda hanya melihat sepotong sahaja. Kecuali kalau kalian sudah mengetahui seluruh cerita, bagaimana anda dapat menilai? Kalian hanya membaca satu halaman dari subuah buku. Dapatkah kalian menilai seluruh buku? Kalian hanya membaca satu kata dari sebuah ungkapan. Apakah kalian dapat mengerti seluruh ungkapan? Hidup ini begitu luas, namun anda menilai seluruh hidup berdasarkan satu halaman atau satu kata. Yang anda tahu hanyalah sepotong! Jangan katakan itu adalah berkat. Tidak ada yang tahu. Saya sudah puas dengan apa yang saya tahu. Saya tidak terganggu kerana apa yang saya tidak tahu.”

“Barangkali orang tua itu benar,” mereka berkata satu kepada yang lain. Jadi mereka tidak banyak berkata-kata. Tetapi di dalam hati mereka tahu dia salah. Mereka tahu ia adalah berkat. Dua belas kuda liar pulang bersama seekor kuda. Dengan kerja sedikit, binatang itu dapat dijinakkan dan dilatih kemudian dijual untuk wang yang banyak.

Orang tua itu mempunyai seorang anak lelaki. Anak muda itu mulai menjinakkan kuda-kuda liar itu. Setelah beberapa hari, dia terjatuh dari salah seekor kuda dan kedua kakinya patah. Sekali lagi orang desa berkumpul sekitar orang tua itu dan menilai. “Kamu benar,” kata mereka. “Kamu sudah buktikan bahawa kamu benar. Sedozen kuda itu bukan berkat. Mereka adalah kutukan. Satu-satunya puteramu patah kedua kakinya dan sekarang dalam usia tuamu kamu tidak ada sesiapa untuk membantumu…….sekarang kamu lebih miskin lagi!”

Orang tua itu berbicara lagi, “Ya, kalian kesetanan dengan fikiran untuk menilai, menghakimi. Jangan keterlaluan. Katakan sahaja bahawa anak saya patah kaki. Siapa tahu itu berkat atau kutukan? Tidak ada yang tahu. Kita hanya mempunyai sepotong cerita. Hidup ini datang sepotong-sepotong.”

Maka terjadilah dua minggu kemudian negeri itu berperang dengan negeri jiran. Semua anak muda di desa diminta untuk menjadi tentera. Hanya anak kepada orang tua itu tidak dikerahkan kerana dia cedera. Sekali lagi orang berkumpul sekitar orang tua itu sambil menangis dan berteriak kerana anak-anak mereka sudah dipanggil untuk bertempur. Sedikit sekali kemungkinan mereka akan kembali. Musuh sangat kuat dan perang itu akan dimenangi oleh pihat musuh. Mereka tidak akan melihat anak-anak mereka kembali.

“Kamu benar orang tua,” mereka menangis. “Tuhan tahu kamu benar. Ini buktinya. Kecelakaan anakmu merupakan berkat. Kakinya patah tetapi paling tidak dia ada bersamamu. Anak-anak kami pergi untuk selama-lamanya.”

Orang tua itu berbicara lagi, “Tidak mungkin untuk berbicara dengan kalian. Kalian selalu menarik kesimpulan. Tidak ada yang tahu. Katakan hanya ini, anak-anak kalian harus pegi berperang dan anak saya tidak. Tidak ada yang tahu apakah itu berkat atau kutukan. Tidak ada yang cukup bijaksana untuk mengetahui. Hanya Allah yang tahu.”

Moral cerita:
Orang tua itu benar. Kita hanya tahu sepotong (secebis) dari seluruh kejadian. Kecelakaan-kecelakaan dan kngerian hidup ini hanya merupakan satu halaman dari buku besar. Kita jangan terlalu cepat menarik/mencari kesimpulan. Kita harus simpan dulu penilaian kita dari badai-badai kehidupan sampai kita ketahui seluruh cerita.

 
emozzzTanggal: Selasa, 03 Mar 2009, 4:44 PM | Posting # 2
Colonel general
Group: Moderators
Total posting: 2854
Reputasi: 20
Status: Offline
woke... nice post... wkakakakak...
 
makanasiTanggal: Selasa, 03 Mar 2009, 6:28 PM | Posting # 3
Major general
Group: Moderators
Total posting: 1438
Reputasi: 39
Status: Offline
kata kata bijak....
 
Forum » Share » The lobby » Kisah orang tua yg bijak...baca nih penting..!!
  • Page 1 of 1
  • 1
Search:


 Denny's Page © 2024
Make a free website with uCoz